About

The Last Caliph.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم رحمة الله وبركاته

Dear brothers and sisters,

"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it" - George Santayana.


Let us reflect this film-like documentary related to Palestine and the Last Caliph of the Muslim Ummah....

Here it goes....




Wallahu a'lam...

CERITA MKP 2010

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم رحمة الله وبركاته

Cerita 1

Semasa program BOOM hampir sampai ke penghujung,

Kawan: Seha, nah, bagi ni kat awak (a cute Palestinian bracelet)

Saya: eh, kenapa?

Kawan: saje. Saya beli dua, satu utk awk, lagi satu saya punya la.

Saya: hoho, thanks! Eh tapi kan, biar saya bayar untuk yang lagi satu. Kire awak beli bagi saya, saya beli bagi awak. Oke?

Kawan: haha, boleh jugak tu.

Tiba-tiba rasa macam belum bayar lagi duit bracelet tu. Oopss….

Anyway, thanks mate sebab dapat buat saya beli sesuatu untuk charity.kalau tak, memang susahhhhh sangat nak keluarkan duit dari poket ni. Hehe ^^

Cerita 2

Selepas talk by Ismail Patel,

Emcee: and now it’s time for auction! Let’s start with the printer. The starting price is ___ and the bid increment is GBP 2. Anyone interested?

Silence.

After a few minutes, a hand raised and gradually followed by another one or two.

Saya: macam tak rancak la auction ni.

Kawan 1: aah, tu la.

While having our dinner,

Emcee: let’s continue with the auction. Alright, now we have a tea set. The current bid is GBP__. You can bid for an increment of GBP1.

Beberapa orang mengangkat tangan. Harga tea set semakin melambung. Dan mereka mengangkat tangan lagi. Dan lagi. Dan lagi.

Emcee: it seems that we’re having the same people bidding for the price. That’s very good.

Kawan 2: bagus akak-akak yang angkat tangan tu. Baru la menarik auction!

Kawan 3: sanggup bayar mahal kot!

Saya: agak ar..

Emcee: okay now we have a men’s shirt for auction.

Kawan 1: (angkat tangan)

Kawan 2: eh, awak nak beli ke? Tu kan baju lelaki?

Saya: aah la.

Kawan 1: oh, saja je. Bagi rancak skettt.

Dan akhirnya seorang pakcik postgrad berjaya mendapatkan baju kemeja tersebut. Auction diteruskan dengan barang-barang yang semakin menarik seperti set pinggan mangkuk, kerusi belajar, dan sebagainya.

Walaupun saya tak membeli apa-apa semasa auction (eh, I did buy a pair of boots! Haha), tapi saya dapat rasa semangat tetamu-tetamu yang hadir malam tu memang terbaikk! Sampai habis (atau hampir habis) barang-barang auction terjual dengan harga yang tinggi . Membeli sambil menderma, untung kot!

Cerita 3

Semasa dinner dihidangkan,

Saya: eh sedap la pulak masak ayam ni. Sape taknak kuah bagi saya.

Kawan 1: aah, sedap la korang!!

Kawan 2: fuhh, sape masak ek?

Kawan 4: dengar citer doktor-doktor Lester yang masak, dengan sorang final medic.

Kawan 5: macam ni la mak saya masak. Ni yang suka ni..

Selepas hati terisi dengan talk dari Bro Ismail Patel, perut pulak diisi dengan ayam masak merah yang sangatlah sedap. Kadang-kadang terfikir jugak, akak-akak ni walaupun teramatlah busy, sempat lagi diorang luangkan masa untuk memasak. Bukan sikit, tapi untuk 100+ guests. Fuhhh! Bukan semua orang sanggup buat macam tu, korban masa, tenaga, duit, peluh, dan sebagainya.

Cerita 4

Ketika MKP 2010 sudah hampir sampai ke penghujungnya, sebuah nyanyian disampaikan khas dari pelajar-pelajar lelaki Lester.

Penyanyi: “ ~ tangisan itu….kini terdengar lagi…tiada……siapa peduli..~ “

Kawan 1: pitching dia lari la.

Kawan 2: suara dia tu dah sedap, tapi kena kuat sikit. Baru la dengar..

Kawan 3: tak kisah la mana-mana…

Ye, tak kisah la mana-mana, asalkan mesej lagu sampai, ye tak? Haha..(walaupun sebenarnya memang pitching lari).

Cerita 5

Oh, sebelum terlupa, one of the best part semasa MKP 2010 ialah performance by anak-anak postgrad yang comel belaka. Terbaik lah!! Tahniah kepada sisters yang bertungkus lumus menjadi cikgu mereka. Saya sangaaattt suka. Boleh tengok kat link ni:

http://www.youtube.com/watch?v=Ah5kYzR_Ldw&feature=share

“ And I wonder, I only wonder,

Who is weak, and who is strong?

Who is right, and who is wrong?

And I wish, I only wish,

That the truth has a tongue. “

-tamat-

Begitulah alkisah MKP 2010 di Leicester. Sebenarnya banyak je lagi cerita, tapi taknak lah cerita semua. Hehe..kalo nak tahu lagi about MKP charity dinner, kena la experience sendiri. ^^ . Banyak pihak yang telah membanting tulang dan berpenat lelah bagi menjayakan MKP Charity Dinner ni. Semoga Allah membalas usaha kalian, insyaAllah. Anyways, sebelum mengakhiri kata, saya ingin mohon maaf andai ada tersilap bahasa. Dialog tu bukan lah rekaan, tapi mungkin telah diolah sedikit sebab saya tak ingat dialog sebenar. Oh lagi satu, saya harap kita dapat sama-sama terus menyumbang untuk Palestin. Bak kata Ismael Patel, “ Palestin ialah tanggungjawab kita, semua umat Islam”.wassalam.


p/s. maaflah, lambat post. mungkin cerita ni dah basi, tapi saya nak post jugak.lol.