About

Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

Forum Perdana - Palestine - A Global Issue - Dr Mahathir & Dr Hafidzi

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم رحمة الله وبركاته

For Palestine

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم رحمة الله وبركاته




Jom tingkatkan doa untuk saudara kita!

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم رحمة الله وبركاته
Tazkirah 14 Ramadhan
(dikongsi oleh brother Akram)
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Negara haram Israel ditubuhkan melalui mandat PBB pada 1947. Pada tahun 1947 juga, sebuah tanahair Islam lain turut tergadai sehingga hari ini. Jammu dan Kashmir adalah sebuah wilayah yang terletak di sempadan utara India dan Pakistan. Ia terkenal sebagai satu kawasan mempunyai kawasan semulajadi yang amat cantik dan menarik.

Semasa kemerdekaan India pada 1947, negara Pakistan ditubuhkan untuk rakyat benua kecil tersebut yang beragama Islam. Setiap wilayah yang mempunyai kerajaan sendiri ketika itu diberikan pilihan sama ada mahu bergabung dengan India atau Pakistan. Bagi wilayah yang majoriti penduduknya menganut seagama dengan pemimpinnya, itu tidak menjadi masalah. Tetapi bagi Kashmir, lebih 70% penduduknya beragama Islam manakala pemimpinnya ketika itu ialah Maharajah yang beragama Hindu. Beliau telah memilih untuk bergabung dengan India manakala majoriti penduduknya mahu bersama Pakistan. Gabenor British di India telah meminta pemilihan muktamad diadakan berdasarkan satu pungutan suara. Majlis Keselamatan PBB dalam Resolusi no 47 (1948) telah bersetuju dan dengan jelas mengarahkan supaya antara lain: “The Government of India should undertake that there will be established in Jammu and Kashmir a Plebiscite Administration to hold a plebiscite as soon as possible on the question of the accession of the State to India or Pakistan”. Maksudnya: “Kerajaan India mesti menjamin penubuhan satu pentadbiran sementara di Jammu dan Kashmir yang akan menganjurkan pungutan suara bagi menentukan samada penduduk Jammu dan Kashmir mahu bergabung dengan India atau dengan Pakistan”

Masalah terbesar ialah, sehingga kini India enggan dan menafikan hak rakyat Kashmir untuk menentukan masa depan mereka. Sehingga kini, India tetap bertegas mengaku bahawa Kashmir adalah sebahagian dari negara India. Sehingga kini pungutan suara yang diputuskan oleh PBB lebih 54 tahun yang lalu masih belum dapat dilaksanakan.

Dalam pada itu, India telah mengukuhkan cengkaman kuku-besinya ke atas Kashmir. Pelbagai cara telah dibuat oleh pihak berkuasa India untuk menghapuskan gerakan pembebasan Kashmir. Pejuang dan keluarga telah ditangkap, dipenjara, dibunuh dan dicabuli. Kini, lebih 500,000 askar India kini menduduki Kashmir menjadikan wilayah tersebut seperti negara polis. Sehingga kini PBB meletakkan status Kashmir sebagai ‘wilayah yang dipertikaikan’; yakni PBB sendiri tidak mengiktirafnya sebagai sebahagian daripada India. Namun, polisi ‘double standard’ PBB jelas kelihatan kerana berbeza dengan Iraq contohnya, PBB tidak pula menguat-kuasakan resolusinya sendiri.

Demikian sepintas lalu berkenaan dengan sebuah wilayah umat Islam yang dijajah, sehinggakan umatnya menjadi pelarian di tanahair sendiri. Semoga kita lebih prihatin dengan nasib yang menimpa saudara-saudara kita di tempat lain.

Marilah sama-sama kita mendo’akan Allah memberi jalan keluar terbaik bagi mereka.

Palestin KITA

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم رحمة الله وبركاته
Tazkirah 13 Ramadhan 1431
(oleh brother Akram)

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Salah satu masalah yang dihadapi oleh umat Islam kini ialah isu Palestin yang belum selesai. Kita merasa amat sedih dengan penderitaan harian yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di sana. Rumah mereka diruntuhkan, anak-anak mereka di bunuh, wanita mereka dicabuli. Ini berlaku dalam tanah air kita dan mereka. Palestin adalah tanahair kita. Bumi Baitul Maqdis adalah tanah suci Islam.

Walau apa pun yang cuba disembunyikan oleh pihak zionis, Palestin adalah tanah suci Islam. Ia menjadi tanah suci Islam bukan hanya dengan isra’nya Nabi Muhammad (saw) pada tahun ke 10 kenabian. Ia menjadi bumi Islam bukan dengan penaklukannya pada zaman khalifah Umar (ra). Malah ia telah menjadi tanah air kita umat Islam sejak zaman zaman Nabi Daud (as) dan Sulaiman (as), kerana kedua-dua Nabi ini membawa agama Islam. Mereka membawa risalah tauhid dan menyeru manusia untuk tunduk dan patuh kepada Ilahi; menyerah diri atau Islam kepada Tuhan yang Maha Esa. Umat Islam kinilah yang mewarisi risalah para Nabi (as) termasuk risalah Nabi Daud (as) , Sulaiman (as) dan Muhammad (saw). Maka Palestin dan Baitul Maqdis adalah sejak asalnya tanah milik umat Islam.

Tanah ini diceroboh kini. Hanya dengan surat pendek oleh Lord Balfour pada 1917, dan mandat PBB pada 1947 negara parasit Zionis telah ditubuhkan. Pada 1922, Yahudi merupakan 11 % daripada penduduk Palestin tetapi apabila PBB menubuhkan negara Israel pada 1947 rakyat Yahudi diberikan 56% tanah Palestin. Regim haram kini merebak sehingga mereka menjajah dan menakluk sehinggakan selepas Perang Arab-Israel pertama pada 1949, mereka telah menguasai 80% dari tanah manakala 800,000 penduduk asal Palestin terpaksa menjadi pelarian.

Tetapi isunya bukan sekadar tanah-tanah yang diduduki selepas perang 1949 atau 1967. Bahkan, tanah asal Israel seperti diputuskan oleh PBB pada tahun 1947 itu pun sudah haram diduduki kerana ia dirampas dari milik kita.

Kini mereka bermaharajalela lagi. Setiap hari kita akan mendengar kematian anak-anak kita, penangkapan saudara-saudara kita, pencerobohan oleh tentera Israel ke atas rumah tangga saudara-saudara kita. Bolehkah kita berdiam diri, berpeluk tubuh melihat mereka terus menoda’i bumi tanah suci kita yang disebutkan oleh Nabi (saw):

“ Tidak perlu disiapkan kenderaan untuk bepergian kecuali untuk mengunjungi tiga Masjid; Masjidil Haram, Masjidku ini (Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Mungkin kita merasa kecewa; tidak dapat berbuat apa-apa. Mungkin kita putus asa kerana Amerika sentiasa berada di belakang dan membela segenap tindakan ganas Israel. Kita mungkin merasa lemah melihat bagaimana Israel yang telah membelakangkan begitu banyak resolusi PBB di biarkan lepas tanpa hukuman sedangkan negara Islam yang lain seperti Iraq ditekan habis-habisan walaupun hanya dengan satu resolusi PBB.

Namun, Allah akan memenangkan agamanya dan mewarisi bumi ini kepada orang-orang yang beriman dan beramal saleh. Allah swt berfirman:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). (An- nur: 55)

Apa yang kita perlu buat ialah berusaha untuk menukar keadaan ini dengan apa juga cara yang termampu. Paling kurang kita boleh berdo’a dan memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat kita. Setidak-tidaknya kita boleh menyumbang kepada Tabung Palestin. Dan paling penting tetapi tidak terlalu sukar ialah kita menjayakan program pemboikotan. Jika terdapat alternatif, maka tidak perlulah kita berurusan atau membeli apa juga jenama produk atau perkhidmatan yang mempunyai kepentingan Amerika; sama ada yang diimport terus atau dibuat secara berlesen atau francais oleh syarikat tempatan. Paling terkehadapan dalam bab ini ialah Mcdonalds dan Starbuck Coffee yang jelas memberi sokongan dan sumbangan kepada perjuangan zionis. Syarikat lain juga mempunyai saham dengan membayar cukai kepada kerajaan Amerika. Jika kita tidak mempunyai alternatif lain kecuali barangan Amerika, maka jadikanlah ia pilihan terakhir; buy American last.

Kita tidak mahu hasil wang yang kita berikan kepada syarikat-syarikat ini akan dibawa pulang ke Amerika dan seterusnya disalurkan kepada rejim zionis dalam bentuk senjata dan peluru untuk meratah tubuh-tubuh kerdil anak-anak kita di Palestin.

Ya Allah! Bantulah saudara-saudara kami di Palestin dan segenap tempat. Menangkanlah mereka, ringankanlah penderitaan mereka.

Ya Allah! Musnahkanlah musuh-musuh kami dan musuh-musuhmu, hancurkanlah kekuatan musuh dan gagalkanlah perancangan jahat mereka.
p/s: tazkirah harian sempena ramadhan boleh didapati di sini (disalin dari perkongsian oleh brother Akram)

Q&A about Israeli Raid on Aid Flotilla.

بسم الله الرحمن الرحيمالسلام عليكم رحمة الله وبركاته


Credit to: BBC NEWS

At least nine people died, and 30 were wounded, when Israeli troops boarded a flotilla of ships carrying aid for Gaza. It was the ninth attempt since 2008 to break an Israeli and Egyptian blockade of the Gaza Strip by sea, but the first that has resulted in bloodshed.


How did the confrontation begin?

The six ships were boarded in international waters, about 80 miles from the Israeli coast. Commandos landed on the largest ship by descending on ropes from helicopters. They were attacked by the activists on board and opened fire.


Who started the violence?

This is disputed. The activists say the commandos started shooting as soon as they hit the deck. Israeli officials say the commandos fired in self-defence. Video clips show activists wielding something that looks like a baseball bat and other objects. Photographs have also been produced of metal bars and slingshots. Israel says the activists used axes, knives and fired shots from a gun taken from the soldiers.


Which countries did the dead activists come from?

It is reported that all nine were Turkish, or of Turkish origin.


What was purpose of the flotilla?

It wanted to deliver aid to Gaza, to break an Israeli and Egyptian blockade on the territory. According to the UN, Gaza receives about one quarter of the supplies it used to receive in the years before the blockade was tightened in 2007. The ships were carrying 10,000 tonnes of goods, including school supplies, building materials and two large electricity generators. The activists also say they wanted to make the point that, in their view, the blockade is illegal under international law.


Who organised it?

A group called Free Gaza, an umbrella organisation of activist groups from numerous countries, and a Turkish group called the IHH (Foundation for Human Rights and Freedoms and Humanitarian Relief). The Israeli government says the IHH is closely linked to Hamas, and is a member of another organisation, the Union of the Good, which supports suicide bombings. However, the Turkish government regards the IHH as a legitimate charity, and urged Israel to let the flotilla through.


Why did Israel want to stop the flotilla?

Israel and Egypt prevent a large range of goods from reaching Gaza, in order to put pressure on the Hamas government. These include cement and scaffolding, which it says can be used to make launchers for rockets, but also a range of other goods which do not undermine Israeli security. Israel also wanted to check that the ships did not contain deliveries of weapons or cash. It offered to allow the flotilla to land in an Israeli port, and to deliver by road any goods that passed its checks.


Some previous flotillas have been allowed to reach Gaza, others have been turned round and sent back. It is not clear why this latest one was greeted by a commando-style raid. It may have been because of the size of the largest boat, the Turkish-owned Mavi Marmara carrying nearly 600 passengers, which made it difficult to board by pulling up alongside.


What are the key unanswered questions?

Apart from the question as to who started the violence, it remains unclear whether the commandos' lives were in danger when they opened fire, whether all the dead activists were attacking at the time they were shot, and whether they were all armed. The video released by the Israeli military stops just before the shooting begins.


Did Israel breach international law?

This is disputed. A Turkish draft resolution circulated at the UN Security Council described the attack as a violation of international law. Turkish foreign minister Ahmet Davutoglu called the raid "tantamount to banditry and piracy" and "murder conducted by a state".


Israel's foreign ministry says that under international maritime law, when a maritime blockade is in effect, no boats can enter the blockaded area. It adds: "Any vessel that violates or attempts to violate a maritime blockade may be captured or even attacked under international law."


How has the international community reacted?

There has been widespread condemnation of the violence. The UN Security Council has issued a statement calling for a "prompt, impartial, credible and transparent" inquiry into the raid. Turkey and several other countries wanted an independent international investigation, but the US said it should be led by Israel. Secretary of State Hillary Clinton has, though, said that the US is "open to different ways of ensuring a credible investigation including international participation".


Turkey has withdrawn its ambassador from Israel, while Prime Minister Recep Tayyip Erdogan called for Israel to be punished for its "bloody massacre" and Deputy Prime Minister Bulent Arinc said Israel would face legal action in a Turkish court.


UN Secretary General Ban Ki-Moon urged Israel to lift the Gaza blockade.


What could be the impact on the peace talks?

Palestinian President Mahmoud Abbas has said peace talks with Israel will continue. Proximity talks, mediated by the US, resumed in May after a two-year break.


Pantun : MEREKA dan KITA

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم رحمة الله وبركاته

BAHAGIAN 1 - MEREKA

Pisang setandan dibawa belayar,
Menaiki sampan singgah di Bali;
Palestin aman di bawah Umar,
Berkurun keamanan tak semena dicabuli.

Pasaraya Carrefour manusia bersepah,
Galak membeli-belah, organza dan satin;
Perjanjian Balfour membawa musibah,
Perjanjian berat sebelah merampas Palestin.

Duit tak kisah asal puas hati,
Baju berguni jualan peniaga;
Tembok memisah Palestin dan Yahudi,
Palestin kini penjara terbuka.

Promosi hari ini esok tiada lagi,
Peniaga ramah pembeli pun girang;
Bom sana-sini tiba-tiba hilang kaki,
Keluar rumah belum tentu pulang.

Keledek keladi manggis dan mempelam,
Pilih sesuka-hati untuk makan malam;
Tadika Yahudi nyanyi lagu benci Islam,
Bila besar nanti jadi musuh Islam.

BAHAGIAN 2 - KITA

Makan McD sedap daripada begedil,
Sanggup ke bagi peluru kat Israel?

Disney channel kegemaran semua,
Tahu ke Yahudi yang punya?

Anak-anak kita mati kene buang,
Anak-anak mereka mati berjuang.

Kita sibuk pakwe-makwe,
Mereka belum tentu selamat nyawa.

Hiburan sana-sini kita updatekan diri,
Perjuangan saudara sendiri kita letak tepi.

Saham akhirat mereka tinggi,
Saham kita, tanyalah diri.

Aid Flotilla diserang baru kita gelabah,
Sedang mereka dah lama bergelumang darah.

Jangan mimpi ulangi kejayaan Salahuddin al-Ayubi,
Jika aqidah setakat bawah buku lali.

Tapi kita jangan mengalah lagi,
Islam kan pasti bangkit suatu hari nanti?

***peringatan buat diri kami (Seha+Sarah) dan temanan
Attenborough Building, Leicester
5 Jun 2010

Apa yang penting?? KERJASAMA! (wonder pets)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم رحمة الله وبركاته

Alhamdulillah...syukur sangat pada Allah...sebab dgn izinNya, terhasil sebuah blog sebagai suatu medan utk kita salurkan perkongsian tentang isu Palestin...
Sangat terharu harini...sbb tak sangka dpt product yg sgt berkualiti dlm masa yg singkat...walaupun gathering yg kita buat agak last minute;)
Memang btul kan...when we work in team... everything can be settled with Allah's will=)

Bak kata Wonder Pets: Apa yg penting?? KERJASAMA!!
Samalah halnya dengan isu Palestin...sekiranya umat Islam benar2 faham dan bersatu serta bekerjasama untuk menangani isu Palestin...insyaAllah seperti janji Allah, kemenangan akan berpihak di tgn umat Islam....
Dan mmg menjadi kesukaan Allah apabila hambaNya bekerja dalam satu team:
Surah Assaff 61: 4
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di
jalanNya dalam barisan yg teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yg
tersusun kukuh."
Jadi, marilah kita sentiasa bekerjasama menyebarluaskan lagi awareness tentang isu Palestin kpd masyarakat dunia kerana masih ramai lagi di luar sana yang tidak tahu dgn benar2 faham isu ini... dan pastinya, merupakan suatu peluang utk kita semua juga menambah ilmu ttg isu ini agar kita dpt menjadi duta ttg isu palestin walau di mana sahaja kita berada....insyaAllah...kerana isu Palestin bukanlah setakat isu umat Islam khasnya, tetapi juga isu kemanusiaan umumnya...
Wallahu a'lam...

Chronology of Palestine History






Source: PALESTINE Beginner's Guide by Ismail Adam Patel.



****history team: Ain, Lin, Wfarah.




Why Palestine??

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم رحمة الله وبركاته
WHY PALESTINE??
1. It is referred to in the Holy Quran 70X
2. The area has been 'blessed' by God for all His creation.
3. Al-Aqsa in Jerusalem, is believed to be the second house of God to built soon after the Ka'abah in Makkah.
4. There are many ahadiths (saying of Prophet Muhammad pbuh) which exalt and sanctify Jerusalem.
5. The reward of praying in the mosque of Al Aqsa is 500X greater than in other mosques, apart from the Haram Makkah and the Prophet's Mosque in Madinah.
6. It was from the precints of Al Aqsa in Jerusalem that the Prophet made the miraculous journey of al mi'raj (ascension to heaven)
7. Muslims originally faced towards Jerusalem during the prayers while in Makkah (before the Prophet migrated to Madinah) and for 16-17 months in Madinah.
8. Muslims are advised to make a journey for the sole purpose of performing salah (prayer) in Al Aqsa.
9. Giving a gift of oil to be burnt in the blessed mosque of Al Aqsa in Jerusalem is equivalent to the reward of performing salah (prayer) there.
Source: PALESTINE Beginner's Guide by Ismail Adam Patel.
****history team: Ain, Lin, Wfarah.

Palestine .....maafkan aku

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم رحمة الله وبركاته ا


Boeng 307, Jam 1000, Kuala Lumpur International Airport.


Perasaanku bercampur-baur. Hari ini adalah tarikh keramat dalam hidupku. Setelah 2 tahun aku bergelumang dengan A-Level akhirnya aku berjaya memenuhi impian kedua ibu-bapaku untuk melihat aku terbang ke bumi barakah, Leicester, United Kingdom.


Lokasi:London, UK


Aku sampai juga ke bumi orang putih yag sudah lama aku idamkan. Kesejukan menyelubungi tubuh kurusku sesampainya aku di Heathrow Airport. Aku lihat ada demonstrasi di Hyde Park London. Beribu-ribu manusia membanjiri kawasan itu. Mereka bergerak menuju ke kedutaan Israel. Aku kaget sebentar. Terasa kosong difikiran. Apa yang mereka sedang lakukan? Aku melihat mereka memegang sepanduk –sepanduk dan panji-panji yang bermesejkan FREE PALESTINE.


Tidak pernah aku melihat situasi seumpama itu walau di tanah airku sendiri, negaraku yang mengaku Negara islam. Sepatutnya lebih hebat memperjuangkan isu seumpama ini. Lama aku termenung dan berfikir….Terasa satu perasaan yang tidak digambarkan olehku sendri mengalir dalam jiwaku.


Lokasi : Leicester ,66 Grasmere Street


Aku dan kawan-kawan disambut oleh kakak-kakak senior yang baik hati.aku berasa kehadiran kami begitu dialu – alukan. Terasa bunga – bunga ukhuwah kembang memekar di dalam diri kami. Alhamdulillah…



Lokasi : 58 Windermere Street


Masa : Seminggu selepas ketibaan


Usrah pertama memberikan impak yang begitu hebat dalam kalbuku.kakak naqibahku menceritakan sejarah bumi berdarah itu, bumi palestin kepada aku dan semua . Terbuka hati dan mindaku. Oohh.. teringat perasaan aneh yang ada di dalam jiwaku sewaktu pertama kali aku menjejakkan kaki di London. Ketika itu aku terasa begitu jauh dengan Palestine. Tapi kini, aku merasai penderitaan yang dialami oleh saudara- saudaraku di Palestin. Seolah-olah setiap kesakitan dan tangisan anak- anak kecil dan wanita – wanita yang tidak berdaya lagi melawan kerakusan algojo –algojo Israel terbias kepada diriku. Mereka tidak mempunyai perasaan walau sekelumit. Tidakkah mereka mempunyai keluarga? Relakah mereka melihat ibu, anak- anak dan ayah mereka ditembak sewenang-wenangnya bagaikan nyawa mereka langsung tiada nilai.


Setelah tamat usrah, aku bertekad untuk melakukan sesuatu untuk saudara- saudaraku. Aku tidak mahu berpeluk tubuh dan berdiri kaku melihat mereka diseksa dan terseksa.


Teringat aku akan sebuah hadis Rasulullah yang berbunyi;


“Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.” -hadis-


Semoga semangat yng baru berputik ini bukan bermusim. Aku harap, jika ditanya di akhirat nanti apakah sumbanganku kepada rakyat Palestin, aku mampu menjawab kepada Rabbku bahawa aku punya sesuatu yang telah aku perjuangkan untuk mereka. Allahuakbar!!!!


nukilan : RaihaNa & Dr.diDie

Palestine Map

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم رحمة الله وبركاته


Palestine Map (1946-2000)










Palestine Map (1946-2010)








Red = Palestine land.
****history team: Ain, Lin, Wfarah.