Seramai 4.8 juta penduduk Palestin telah menjadi pelarian di Negara sendiri atau di Luar Negara gara-gara rampasan tanah dan sikap apartheid zionis Israel laknatullah.
Angka tersebut merupakan mereka yang berdaftar dengan ‘United Nation Relief and Work Agency’ iaitu satu badan di dalam Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu yang dipertanggungjawabkan mengurus hal ehwal pelarian Palestin.
Namun jumlah 4.8 juta hanyalah mereka yang berdaftar sahaja kerana ini tidak termasuk rakyat Palestin dan keturunan mereka yang telah mendapat penempatan di Negara-negara lain terutamanya Negara Eropah. Adalah dijangka jumlah sebenar keseluruhan rakyat Palestin dan keturunan mereka seramai 7.5 juta orang.
Siapakah yang dimaksudkan sebagai penduduk Palestin yang menjadi pelarian? Mereka adalah yang tergolong di dalam salah satu 3 kategori ini:
(1) Penduduk Palestin yang menetap di dalam wilayah yang telah dijajah oleh Israel. (Tebing Barat dan Gaza)
(2) Termasuklah penduduk Palestin yang menetap di Timur Jerusalem.
(3) Mereka yang menetap di daerah Bukit Golan, Syria yang kawasannya telah dijajah oleh Israel.
Seramai 1,885,000 juta (lebihkurang 1.885 juta) dari 4.8 juta ini menetap di kawasan tanah Palestin yang dijajah oleh pengganas Israel. Ini adalah lebih dari separuh dari keseluruhan pelarian Palestin. Dari 1,885 juta ini, 1,106,000 juta orang (1.106 juta) menetap di Semenanjung Gaza sementara 779,000 ribu orang menetap di Tebing Barat.
Terdapat sebanyak 27 buah kem pelarian di tanah yang dijajah oleh rejim pengganas Israel, 19 darinya berada di Tebing Barat dan 8 darinya di Semenanjung Gaza. Satu pertiga dari pelarian Palestin masih menetap di kem pelarian ini, iaitu 45.4% pelarian masih di kem-kem pelarian di Semenanjung Gaza dan 25.4% di Tebing Barat.
Pada tahun 2009, pelarian Palestin yang berumur di bawah 18 tahun adalah seramai 37.6% di Tebing Barat dan 45.5% di Semenanjung Gaza. Tahap kelahiran 5 tahun yang lepas adalah stabil. Pada tahun 2008, tahap kelahiran adalah 4.5 di Tebing Barat dan 4.4 di Semenanjung Gaza berbanding dengan 4.2 di Tebing Barat dan 4.7 di Semenanjung Gaza pada tahun 2003. Akibat dari sekatan dan serangan rejim zionis laknatullah itu telah menyebabkan beban ekonomi sesebuah keluarga palestin meningkat.
Tahap pengangguran juga meningkat dari 24.5% dalam tahun 2007 kepada 25.3% pada tahun 2008 dan ianya bertambah meruncing selepas serangan ganas rejim apartheid zionis itu di mana tahap pengangguran meningkat dengan mendadak dari 38% kepada 49%.
Perkhidmatan kesihatan pula dari segi tahap imunisasi adalah menyeluruh di mana 95% dari pelarian ini mendapat imunisasi vaksin namun indikator tahap kesihatan tidak menunjukkan perubahan ke tahap yang baik di dalam tahun 2009.
Paling membimbangkan adalah merebaknya penyakit-penyakit yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran yang berkaitan dengan sisa kumbahan. Sisa-sisa kumbahan di Semenanjung Gaza tidak terurus dengan betul. Ini adalah disebabkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza yang melarang kemasukan bahan bakar yang akan menjalankan generator di pusat pengurusan sisa kumbahan tersebut.
Telah jelas terbukti bahawa segala kesengsaraan yang ditanggung oleh rakyat Palestin ini adalah berpunca dari kejahatan syaitan pihak rejim zionis ini.
Akibat dari yang di atas, insiden penyakit ‘acute hepatitis’ adalah 75.3 per 100,000 di Semenanjung Gaza dan 15.9 per 100,000 di Tebing Barat. Sementara insiden demam kepialu (Typhoid fever) adalah 12.4 per 100,000 di Semenanjung Gaza.
Masalah-masalah kesihatan di atas telah menambahkan lagi beban kesihatan dan ekonomi yang perlu ditanggung oleh sesebuah keluarga Palestin.
Masalah kekurangan zat pemakanan dan gizi (malnutrition) samada kronik atau akut masih menjadi masalah utama terutamanya di Semenanjung Gaza. Ini ditambah dengan masalah di sektor pertanian yang terjejas dengan teruknya akibat dari serangan brutal oleh rejim Israel dan embargo atau sekatan yang masih dikenakan oleh rejim pengganas Zionis. Sekarang ini sukar untuk mendapatkan buah-buahan segar dan makanan yang mempunyai zat protein. Bekalan makanan berkurangan berbanding dengan tahun 2007. Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan kajian yang telah dijalankan oleh ‘Palestinian Central Bureau of Statistics’ yang mendapati selepas serangan oleh rejim pengganas zionis, terdapat kekurangan sebanyak 16.2% makanan yang boleh diperolehi dan dimakan oleh sesebuah keluarga Palestin.
Masalah saikologi terutamanya stress atau tekanan yang berkaitan selepas trauma (Post Traumatic Stress Disorder) semakin menonjol terutamanya selepas serangan rejim zionis yang terkutuk itu. 36% dari kanak-kanak menyatakan mereka mempunyai tanda-tanda tekanan yang tidak dialami oleh mereka sebelum serangan ganas zionis itu.
Kes-kes kematian bayi juga meningkat, direkodkan sebanyak 20.2/1000 dari kelahiran di Semenanjung Gaza dan 19.5/1000 di Tebing Barat. Sementara populasi Negara Israel yang ditadbir oleh rejim pengganas Israel zionis merekodkan kes kematian bayi sebanyak 4.0/1000. Jangka hayat juga sangat pendek di Semenanjung Gaza iaitu 73.4 tahun dan 74.5 tahun di Tebing Barat sementara jangka hayat penduduk Negara haram Israel mencecah kepada 80;73 tahun.
Pelarian Palestin di Tebing Barat masih mempunyai harapan untuk mendapat khidmat kesihatan yang baik dan berkualiti di pusat-pusat kesihatan di Israel, berbanding dengan penduduk di Semenanjung Gaza yang berhadapan dengan sekatan dan embargo.
Secara kesimpulannya, segala sesuatu yang berlaku di Semenanjung Gaza adalah disebabkan oleh rejim pengganas Zionis yang telah tuli telinga dan buta mata hatinya. Ianya ditambah pula dengan sikap zionis arab Mesir yang juga mengikut telunjuk Amerika dan sekutunya Israel mengadakan sekatan ke atas rakyat Gaza. Kesatuan Eropah juga patut dipersalahkan kerana telah ikut sama mempersetujui embargo ini. Namun setelah kejadian pembunuhan dan pembantaian sukarelawan yang tidak bersenjata di atas kapal Mavi Marmara telah mula menyedarkan rakyat seluruh dunia termasuklah Negara-negara Eropah akan sikap dan belang sebenar rejim zionis ini. Penghantaran bantuan demi bantuan dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan sama ada dari Malaysia atau Negara lain hanyalah bersifat sementara kerana bekalan bantuan itu akan habis dalam jangka masanya. Selagi embargo ini tidak diangkat maka selagi itu musibah ini tidak ada kesudahannya. Maka langkah yang paling utama adalah usaha kearah mengangkat atau memansuhkan sekatan atau embargo terhadap Semenanjung Gaza dan Tebing Barat serta dikembalikan segala hak dan kedaulatan Masjidil Al Aqsa dan rakyat Palestin amnya.
credit to: http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=4245
0 thoughts:
Post a Comment