About

بسم الله الرحمن الرحيمالسلام عليكم رحمة الله وبركاته

Rejim Zionis beri notis runtuhkan masjid dan rumah di Jenin

leave a comment

Rabu , 04/08/2010 -Tentera haram rejim Zionis (IOF) melakukan operasi di Khirbet Irza, timur Tubas di Tebing Barat dan menyerbu masuk rumah-rumah di sini. Pemilik-pemilik rumah pula diberikan waran untuk memusnahkan rumah-rumah mereka dan masjid.

Ketua jawatankuasa kampung itu, Mokhlis Massaeid memberitahu bahawa notis pemusnahan itu merangkumi sebuah masjid yang dibina dalam kawasan bersaiz 100 meter persegi dan baru saja dibina baru-baru ini, selain 4 buah rumah yang lain. Selain itu, Mokhlis turut diberi waran yang mengarahkan seorang penduduk kampung menyerah diri di mahkamah haram Israel atas “kesalahan membina bangunan” di kampungnya sendiri.

Menurut Mokhlis lagi, penduduk-penduduk Kampung Khirbet Izra sering menjadi mangsa serbuan dan keganasan IOF yang sering melakukan serbuan ke atas rumah-rumah penduduk kampung, mengarahkan mereka berdiri di luar rumah sehingga IOF selesai memeriksa rumah mereka.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : salwa

credit to: http://palestinkini.info/

0 thoughts: