About

AKU DAH LUPA PALESTIN

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم رحمة الله وبركاته

di-trigger oleh cik Nana kita utk menulis ini. 

sekadar persoalan untuk difikir2kan.

sejauh mana kita ambil berat ttg org2 Palestin?

lihat pada cermin, nampak diri sendiri. saya akui, saya sendiri tidak mengambil tahu spjg masa ttg saudara di sana. tidak update di FB ttg mereka. ada masa juga saya leka dgn hal lain dan mengetepikan nasib2 mereka.

tapi adakah hanya dgn berbuat demikian yg kita dpt tunjukkan kebimbangan kita?

adakah dgn menjerit sini sana 'FREE PALESTINE!' itu menandakan kita sangatlah mengambil berat ttg mereka?


doa itu senjata mukmin. semua pun dah masak dgn kata2 ini. selitkan satu ayat dalam doa kita utk mereka dlm setiap satu solat, hatta dalam perjalanan ke kelas, dalam tika membaca juga. apa2 jua kegiatan yang kita mampu berdoa, ingati mereka. 

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku (Allah) maka (jawablah) bahawa aku ini hampir. Aku memperkenankan doa orang yang memohon apabila dia (sungguh-sungguh) bermohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, semoga mereka selalu mendapat panduan yang baik

(Baqarah 186)


so doa je cukup?

itu yang paling mudah kita boleh buat. tp bukankah lebih baik kalo kita usahakan dgn cara lain juga pada masa yg sama?

antaranya,

ringankan tangan utk derma;

bukak tab baru masa berFB tu update Palestin;

bincangkan sesama sahabat ttg isu ini;

pergi MKP (kpd yg tidak megetahui, sila rujuk poster ni




sama2 ingat mengingati. main2 la juga, tp jgn lupa saudara sendiri yg lari sini sana utk terus berjuang demi kehidupan. peace no war!

0 thoughts: