About

Kunjungan Aqsa Syarif ke Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur

بسم الله الرحمن الرحيمالسلام عليكم رحمة الله وبركاته

Assakamualaikum


Alhmadulillah hari ini, jam 10.00 pagi, 21 Oktober 2010 bersamaan 13 Zulkaedah 1431H, saya Pengerusi Aqsa Syarif, Dr Fauziah Hasan ahli BOD dan Dr Tahir Abd. Rahman CEO Aqsa Syarif, berkesempatan mengadakan kunjungan kehormat ke kedutaan Mesir di Kuala Lumpur.


Tujuan rombongan ini untuk memperkenalkan dan merapatkan organisasi Aqsa Syarif ini dengan kedutaan dan pegawai-pegawainya disamping mengucapkan terima kaseh atas kerjasama yang diberikan oleh Kerajaan dan rakyat Mesir.


Saya mulakan dengan ucapan bersyukur kepada Allah kerana bumi Mesir banyak melahirkan ulama-ulama, cendiakawan pelbagai bidang samada Pengajian Islam, Perubatan, Pendidikan dan bidang-bidang lain. Saya percaya kerjasama puluhan tahun malah lebih dari itu; sangat bermakna kepada kita rakyat Malaysia.


Hasil perbincangan,kami sempat meluahkan rasa simpati kerana payahnya berjiran dengan penjajah Israel. Secara umumnya rakyat Mesir telah menghulur bantuan yang tidak terkira kepada sesama saudara kita di Gaza. Bukan sekadar hubungan aqidah, malah ikatan darah juga tidak boleh dinafikan, kerana semenanjung Sinai dan Gaza adalah negara yang satu, satu ketika dulu.


Masyarakat Mesir menganggap penduduk Gaza adalah sepupu mereka. Ketika kami mengucapkan terima kaseh kerana membantu penduduk Gaza, mereka merasakan tidak wajar ucapan terima kaseh itu, kerana itu adalah tanggungjawab persaudaraan mereka berdua. (Mesir dan Gaza)


Kami Aqsa Syarif, Viva Palestina Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia mengambil kesempatan, mengucapkan terima kaseh seadanya, kepada kerajaan Mesir, yang akhirnya membenarkan konvoi kita masuk ke Arisy dengan selamatnya.


Ketika ditanya tentang jaminan keselamatan dan jaminan dapat masuk ke Gaza, pegawai kedutaan itu dengan penuh yakin menjanjikan selagi dalam zon Mesir, kami bertanggungjawab sepenuhnya menjaga tetamu kami.Bila kami benarkan masuk ke Arisy, bermakna kami benarkan menuju ke Gaza; melainkan halangan dari penjajah Israel.


Semoga kunjungan ini menepati sunnah Rasulullah S.A.W, dalam urusan akhlak kita kepada sesiapa sahaja yang senonoh mahupun yang tidak senonoh. Semoga kunjungan ini berjaya menghantar mesej kepada Mesir, bahawa rakyat Malaysia bersama penduduk Gaza. Semoga harapan tinggi kita, agar kerajaan Mesir lebih serious membantu penduduk Gaza dapat difahami mereka. Tidak memadai rakyat sahaja. kita harap pemerintah Mesir lebih memainkan peranannya dimasa akan datang.


USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS

Pengerusi AQSA SYARIF

Ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia

Ahli Darussyifa'


No. 18 Jalan Damai Mewah 2,

Taman Damai Mewah,

43000 Kajang,Selangor Darul Ehsan

Malaysia


Pej: 0387334636

Faks: 0387349636

Tel HP: 013-7444428

E.mail: admin@aqsasyarif.com

myhasanuddin@gmail.com

Web: www.aqsasyarif.com


AQSA SYARIF BERHAD Acc. No: MBB 551575004299


Cenderahati Tanda Salam Perkenalan dari Pimpinan AQSA SYARIF

0 thoughts: