About

ALASAN TIDAK MEMBERI

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم رحمة الله وبركاته

selalu sangat kita dengar kata hikmah ini- 'memberi lebih gembira daripada menerima'. sejauh mana kebenaran ayat ini?

ramai orang berkata, masakan paling enak adalah masakan ibu. Kenapa?

dapat hadiah dari orang lagi best atau kasik hadiah kat member lagi best?

pembaca2 yang bijak pandai semua rasanye dah tahu jawapannya bukan? banyak sangat hikmah memberi berbanding menerima walaupun perasaan tika menerima itu mungkin boleh jadi lebih mengujakan dari memberi. A'id al Qarni, penulis buku La Tahzan (Jangan Bersedih) berkata, " Orang yang pertama mendapat manfaat daripada suatu kebaikan ialah orang yang melakukannya." Sebab itu beliau menganjurkan, jika kita sedang bersedih atau bermuram durja, carilah seseorang dan gembirakannya. Nescaya kita akan dapat kegembiraan semula. Tidak susah untuk menggembirakan orang lain. Mungkin hanya dengan kata2, atau dengan senyuman ataupun dengan doa. What goes around, comes around. What you give, you get back. Ini hukum sunnatullah.

Setakat mengeluarkan penyata mengajak orang memberi apa susahnya? Petik jari sahaja. Tepuk dada, tanya selera. Diri kita macam mana? Adakah kita memberi juga pada masa mengajak orang untuk memberi? Teladan seseorang akan mempengaruhi orang sekeliling untuk bertindak ke arah orang yang menunjukkan contoh yang baik. Begitu juga sebaliknya. Bak kata pepatah,

Mari muhasabah diri sebentar, apa yang membuatkan hati kita ini terasa berat hendak memberi. Rambut sama hitam, hati lain2. kita semua tidak maksum. Sentiasa perlu perbaiki niat dan bersihkan hati. Bukan sepanjang masa dapat istiqamah untuk memberi pada setiap saat padahal itulah sebaik baiknya. Sama-sama renungkan alasan alasan untuk tidak memberi ini.....

Alasan 1
Memberi akan mengurangkan
tipikal sangat pemikiran sebegini. ikut logik akal dan matematik, sudah tentu memberi itu akan mengurangkan apa yang kita miliki. tapi, tahukah anda bahawa setiap yang kita beri itu akan menjadi 'saham' di akhirat? tokoh2 korporat yang berjaya hari ini, tidak kurang yang berniat untuk mengeluarkan zakat sebelum memulakan perniagaan masing2.

memberi sebahagian daripada harta akan membersihkan dan mnyuburkan harta. Analoginya gini, mencabut sebahagian anak pokok sayur di atas batas. dengan mencabut sebahagiannya, baki pokok sayur yang masih di atas batas itu akan tumbuh lebih subur dan lebat.

Keinginan memberi juga menjadi dorongan untuk kita bekerja lebih kuat dalam mencari rezeki. untuk memberi, kenelah ada sesuatu untuk diberi. setuju? untuk ada sesuatu, kenelah mencari. oleh itu, dorongan untuk memberi itu menyebabkan kita berusaha dengan gigih. mari amalkan 3M dalam berusaha- Mencari, Memiliki, Memberi


Alasan 2
Orang yang Menerima Tidak Berterima Kasih
jika kita harapkan terima kasih atas kebaikan yang kita lakukan, nescaya kita akan sakit jiwa kerana ramai manusia yang tidak pandai berterima kasih di dunia ini. jika kita hanya boleh memberi dengan syarat adanya ucapan terima kasih dari orang yang menerima itu, alangkah naif dan egonya kita.

dalam surah Al 'Araf 7:10-"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu di bumi, dan Kami jadikan kamu padanya (berbagai bagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur), tetapi amat sikitlah antara kamu yang bersyukur."

namun adakah dengan itu Allah berhenti daripada memberi? Tidak. Allah terus curahkan nikmat pada hamba2nya yang tidak pandai berterima kasih (bersyukur). lalu, siapakah kita untuk berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat balasan terima kasih?


Alasan 3
Tidak Ada Apa yang Hendak Diberi
Jangan sempitkan rezeki dengan 'menyempitkan' pengertiannya. rezeki bukan hanya wang dan harta. jika itu pengertian rezeki semata2, sudah tentu kita tidak selalu 'ada' untuk memberi. luaskan pengertian rezeki nescaya 'banyaklah' rezeki kita untuk diberikan pada orang. rezeki boleh jadi doa, ilmu, kata2 yang baik, senyuman serta pandangan yang baik. rezeki bukan berbentuk material semata. oleh itu, tertolaklah alasan untuk tidak memberi kerana tidak ada apa yang hendak diberi.


Alasan 4
Bimbang Dieksploitasi dan Dimanipulasi
mesti diimbangi antara sangka baik dan sifat berhati2. lihat, kaji dan telitikan lah dahulu berdasarkan fakta dan data2 lahiriah. kemudian berilah jika dirasakan hasil pemerhatian lahiriah kita, orang itu harus menerima bantuan. jangan cuba menebak hati manusia. urusan hati bukan soal kita. jika tersilap pemberian pada orang yang tidak berterima kasih, lapangkanlah dada. tidak dapat penghargaan di duina, di akhirat nanti, ganjaran Allah akan tersedia inshaAllah. jangan terlalu berhati2 hingga jatuh ke tahap prasangka dan curiga. relakanlah diri dimanipulasi untuk kebaikan.


Alasan 5
Tidak Adil untuk Kita yang Berusaha
kita berusaha dengan apa? rasanya kita akan dapat apa2 tak kalau Allah tak ada? semua modal usaha daripada yang memberi kita, yang memberi kita ini sudah tentu yang maha pemberi. yang maha pemberi ini sudah tentu yg maha kaya. siapa lagi kalau bukan Pencipta kita- Allah swt. kita harus sedar bahawa kita adalah 'saluran' Allah untuk memberi. oleh sbb itulah Allah gunakan kalimah 'Kami'  apabila menjelaskan ttg pemberiannya. berdasarkan itu, adalah tidak terpuji sekiranya kite tidak memberi kerana sikap itu sama seperti menyekat saluran rezeki daripada Allah untuk orang lain. hakikatnya, 'kepunyaan' kita yang hendak diberikan itu bukanlah kepunyaan kita ttp kepunyaan Allah yang diberikanNya untuk orang lain. jelasnya manusia adalah peminjam bukan pemilik. maka, pulangkanlah pinjaman itu adalah adil. sebaliknya, tidak memberi itu kezaliman yang ternyata.


Alasan 6
Tidak Mendapat Balasan
individu yang beriman kpd Allah dan akhirat pasti akan menolak pendapat bahawa memberi tidak akan mendapat balasan. bukankah Allah terlah berfirman- 'maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya. dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya.' surah Al Zalzalah 99: 7 -8. apa yang diharapkan balasan daripada manusia sedangkan pembalasan Allah adalah lebih baik dan lebih kekal.


janganlah termasuk dalam salah golongan yang tidak memberi atas sebab2 ini. mahukah anda dilabel sbg golongan yang rugi? mulakan sikit demi sikit. senyuman itu mungkin memang kita sentiasa sedekahkan. mungkin kita boleh tingkatkan pemberian kita dengan kemaafaan? Dale Carnargie, penulis dan pensyarah Amerika, permah menulis dalam buku beliau- Stop Worrying and Start Living, maafkan kesalahan orang lain adalah seperti memaafkan diri sendiri. hal ini kerana kemarahan kita terhadap orang lain akan lebih merosakkan diri sendiri berbanding dengan orang yang marahkan itu.

sudah buat yang kecil2, bolehlah kita memberi dari segi material (jika mampu. inshaAllah mampu) orang2 Palestin yang tidak sempurna hidup sebagaimana kita hidup sekarang. hidup kita yang mungkin layak dikatakan mewah. mereka pula macam mana? hendakkan dapatkan makan minum sekadar mengenyangkan perut pun payah. kita siap pilih nak makan makanan India la Cina la Kampung la, xnak sayur, xnk lemak sbb takut gemuk. betapa kontranya antara dua itu.

jika di lokaliti anda ada kutipan yang sedemikian, ringan2kanlah tangan, bantu mereka. tidak di lokaliti anda, ada alternatif lain. di bawah ini ada beberapa link yang boleh kita semua sama2 hulurkan sikit bantuan dari segi material ie wang. sama2 kikis alasan tidak memberi dan pupuk semangat suka bersedekah.



sumber- majalah Solusi isu no14. muka surat 19-21. sila refer pada link untuk maklumat lanjut ttg Solusi

http://www.majalahsolusi.com/index.php

0 thoughts: