Boeng 307, Jam 1000, Kuala Lumpur International Airport.
Perasaanku bercampur-baur. Hari ini adalah tarikh keramat dalam hidupku. Setelah 2 tahun aku bergelumang dengan A-Level akhirnya aku berjaya memenuhi impian kedua ibu-bapaku untuk melihat aku terbang ke bumi barakah, Leicester, United Kingdom.
Lokasi:London, UK
Aku sampai juga ke bumi orang putih yag sudah lama aku idamkan. Kesejukan menyelubungi tubuh kurusku sesampainya aku di Heathrow Airport. Aku lihat ada demonstrasi di Hyde Park London. Beribu-ribu manusia membanjiri kawasan itu. Mereka bergerak menuju ke kedutaan Israel. Aku kaget sebentar. Terasa kosong difikiran. Apa yang mereka sedang lakukan? Aku melihat mereka memegang sepanduk –sepanduk dan panji-panji yang bermesejkan FREE PALESTINE.
Tidak pernah aku melihat situasi seumpama itu walau di tanah airku sendiri, negaraku yang mengaku Negara islam. Sepatutnya lebih hebat memperjuangkan isu seumpama ini. Lama aku termenung dan berfikir….Terasa satu perasaan yang tidak digambarkan olehku sendri mengalir dalam jiwaku.
Lokasi : Leicester ,66 Grasmere Street
Aku dan kawan-kawan disambut oleh kakak-kakak senior yang baik hati.aku berasa kehadiran kami begitu dialu – alukan. Terasa bunga – bunga ukhuwah kembang memekar di dalam diri kami. Alhamdulillah…
Lokasi : 58 Windermere Street
Masa : Seminggu selepas ketibaan
Usrah pertama memberikan impak yang begitu hebat dalam kalbuku.kakak naqibahku menceritakan sejarah bumi berdarah itu, bumi palestin kepada aku dan semua . Terbuka hati dan mindaku. Oohh.. teringat perasaan aneh yang ada di dalam jiwaku sewaktu pertama kali aku menjejakkan kaki di London. Ketika itu aku terasa begitu jauh dengan Palestine. Tapi kini, aku merasai penderitaan yang dialami oleh saudara- saudaraku di Palestin. Seolah-olah setiap kesakitan dan tangisan anak- anak kecil dan wanita – wanita yang tidak berdaya lagi melawan kerakusan algojo –algojo Israel terbias kepada diriku. Mereka tidak mempunyai perasaan walau sekelumit. Tidakkah mereka mempunyai keluarga? Relakah mereka melihat ibu, anak- anak dan ayah mereka ditembak sewenang-wenangnya bagaikan nyawa mereka langsung tiada nilai.
Setelah tamat usrah, aku bertekad untuk melakukan sesuatu untuk saudara- saudaraku. Aku tidak mahu berpeluk tubuh dan berdiri kaku melihat mereka diseksa dan terseksa.
Teringat aku akan sebuah hadis Rasulullah yang berbunyi;
“Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.” -hadis-
Semoga semangat yng baru berputik ini bukan bermusim. Aku harap, jika ditanya di akhirat nanti apakah sumbanganku kepada rakyat Palestin, aku mampu menjawab kepada Rabbku bahawa aku punya sesuatu yang telah aku perjuangkan untuk mereka. Allahuakbar!!!!
0 thoughts:
Post a Comment