بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم رحمة الله وبركاته
BAHAGIAN 1 - MEREKA
Pisang setandan dibawa belayar,
Menaiki sampan singgah di Bali;
Palestin aman di bawah Umar,
Berkurun keamanan tak semena dicabuli.
Pasaraya Carrefour manusia bersepah,
Galak membeli-belah, organza dan satin;
Perjanjian Balfour membawa musibah,
Perjanjian berat sebelah merampas Palestin.
Duit tak kisah asal puas hati,
Baju berguni jualan peniaga;
Tembok memisah Palestin dan Yahudi,
Palestin kini penjara terbuka.
Promosi hari ini esok tiada lagi,
Peniaga ramah pembeli pun girang;
Bom sana-sini tiba-tiba hilang kaki,
Keluar rumah belum tentu pulang.
Keledek keladi manggis dan mempelam,
Pilih sesuka-hati untuk makan malam;
Tadika Yahudi nyanyi lagu benci Islam,
Bila besar nanti jadi musuh Islam.
BAHAGIAN 2 - KITA
Makan McD sedap daripada begedil,
Sanggup ke bagi peluru kat Israel?
Disney channel kegemaran semua,
Tahu ke Yahudi yang punya?
Anak-anak kita mati kene buang,
Anak-anak mereka mati berjuang.
Kita sibuk pakwe-makwe,
Mereka belum tentu selamat nyawa.
Hiburan sana-sini kita updatekan diri,
Perjuangan saudara sendiri kita letak tepi.
Saham akhirat mereka tinggi,
Saham kita, tanyalah diri.
Aid Flotilla diserang baru kita gelabah,
Sedang mereka dah lama bergelumang darah.
Jangan mimpi ulangi kejayaan Salahuddin al-Ayubi,
Jika aqidah setakat bawah buku lali.
Tapi kita jangan mengalah lagi,
Islam kan pasti bangkit suatu hari nanti?
***peringatan buat diri kami (Seha+Sarah) dan temanan
Attenborough Building, Leicester
5 Jun 2010
3 thoughts:
6 June 2010 at 15:33
Pantun yg sgt mendalam maksudnya...
very creative :)
jom improve diri!
7 June 2010 at 09:15
Best sangat pantun seha sarah ni!! Seriusly.. bukan senang nak kasi match suku kata belakang tu.. Boleh ke nak share2pantun dgn org lain kat blog2 lain etc?
lepas pantun,bersyair pulak ye sarah seha!! hehe
11 June 2010 at 17:56
ups sori.. x prasan.. tengs k mai, k farah..
oh sile2 k mai kalo nak share..
alhamdulillah berjaye siapkan pantun ni.. muge ktorg ikhlas selalu n walk the talk in the pantun :)
Post a Comment